Wednesday, 4 November 2015

MUSUH

Thursday - 5 November 2015

Assalammualaikum,

Musuh ? Apa yang dimaksudkan dengan musuh ? Musuh adalah seseorang yang sangat berbahaya bagi kita tapi pada masa yang sama dia merupakan semangat bagi kita. Kenapa ? Bila kita lihat dunia dan persekitaran kita, kita akan tahu sebab dia. Sekarang, kita hidup dengan bermasyarakatan. Jadi pernahkah terfikir akan ada musuh yang akan memerhatikan kita dimanapun kita berada ? Hidup kita bukan hanya kita seorang didunia ini. Jadi jangan pernah terfikir walau baik macam mana pown kita, kita tidak akan ada musuh. Tidak semua orang boleh memahami diri kita, hidup kita dan pendirian kita. Just be yourself. Tidak perlu berusaha untuk puaskan hati semua orang kerana kita hanya manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan so kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang, jaga hati semua orang dan ada untuk semua orang. Lakukan mana yang termampu dengan diri kita. Musuh yang berbahaya bagi kita adalah yang ingin melihat kita musnah 100%. Contoh berniaga. Sekarang ramai yang melakukan perniagaan terutamanya kedai makan. Jika kita perhatikan kebanyakkan melayu kita, mempunyai sifat dengki yang terlalu tinggi.Tak perlulah kita fikir kenapa dengki itu perlu wujud sebab kita sendiri takkan pernah jumpa jawapan kepada soalan tersebut. Mereka sering mengunakan benda yang dilarang oleh Allah untuk puaskan hati merekaa dengan melihat kita musnah dan merana. Sebab itu musuh tersebut sangat berbahaya pada diri kita, perniagaan kita dan keluarga kita. Dan musuh yang berbahaya adalah berkawan rapat dengan kita tapi dalam diam dia mencari kelemahan kita dan dari situ dia menjatuhkan kita. Mungkin sesetengah orang melakukan tersebut sebab pernah sakit hati dengan kita. Tapi tidak perlu sebenarnya membalas dengan cara itu sebab kita kena tahu dunia ini seperti roda. Kita tak perlu membalas sebab dia akan dapat apa yang dia dah lakukan dengan kita sekarang. Tapi bila kita membalas dengan menjatuhkan diri seseorang itu, percaya larh bahawa suatu hari nanti orang akan jatuhkan kita juga. Tidak perlu berlagak hebat sebab kita manusia biasa. Nak tunjuk kepada siapa ? Dengan menjatuhkan orang lain, itu bukan hebat tapi itu menunjukkan betapa lemahnya kau. Dan ada juga musuh yang memberi seseorang itu semangat dan kekuatan dalam hidup dia. Contoh musuh yang nak bersaing dalam pelajaran. Musuh tersebut akan secara tidak langsung menjadi cabaran dalam diri seseorang. Kita tak mampu nak halang untuk orang suka kita dan tidak suka kita. Kita tak boleh nak halang tapi kita masih boleh elak dari semua ini. Just be careful.

Tuesday, 3 November 2015

HORMAT WANITA

Tuesday - 3 November 2015

Assalammualaikum,

Apa yang lelaki paham dengan maksud hormat kepada wanita ? Perlu melindungi dan meletakkan pada darjah yang tertinggi serta memelihara aurat tersebut. Hormat dengan tidak perlu mendesak wanita, tidak boleh berkasar dan cukup sekadar seorang lelaki menasihati wanita yang dia sayanag dengan bahasa yang lembut dan tidak pernah jemu untuk menasihati dia walaupun mengambil masa yang lama. Pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu dijaga. Walaupun seorang lelaki itu menyayangi seorang wanita tetapi tidak bermakna segala benda perlu dikongsi. nak wujud keselesaan bukan dengan berkongsi semua benda tetapi nak wujudkan keselesaan dengan peka kepada sensitiviti wanita tersebut. Jangan apa yang dikongsikan akan merengangkan hubungan sebagai seorang kawan. Jangan rosakkan orang yang kita sayang, jika lelaki itu menyayangi perempuan tersebut bawalah dia ke syurga bukan ke lembah maksiat. Kawal nafsu, jangan disebabkan nafsu merosak segalanya. Hormat wanita tersebut sepertimana kamu hormat kepada ibu kamu sendiri kerana ibu kamu juga seorang wanita. 

Monday, 24 August 2015

SAHABAT

ISNIN 24.8.2015

Assalammualaikum

Ini cerita sahabat saya di kedah. Dia seorang kelakar sebab apa ? sebab bila dia tengah pikir sesuatu dan kitaowg tengah sembang dia takkan paham jadi dia akan tanya kita balik apa yang kita sembang padahal banyak benda dah sembang. Nak ulang lagi sekali ? Tak mampu dah cek. Hanya mampu gelak dan geleng jew lepas too. Tapi itu larh benda yang aku akan ingat tentang dia. Semua orang ada keistimewaan dia sendiri dan aku rasa itu keistimewaan dia. Ada sesuatu dekat diri dia dan sifat dia yang hanya orang rapat dengan dia sahaja tahu. Dia garang bila mngajar kawan-kawan dia. Jangan buat kesilapan yang sama sebab dia akan marah dan bebel lepas too. Tapi percaya larh benda too memang kita akan ingat. Bila orang kacau dia atau kacau kawan dia, dia memang akan jaga. Nak tahu dia jaga macam mana ? Kenali dia. Hehe. Yang pasti lelaki too takkan berani dah nak kacau. Haha. Aku kenal dia waktu nak habis semester 1 dah sebab mungkin aku tak biasa lagi dekat negeri orang so aku segan larh nak cakap banyak. Dalam diam dia seorang yang pandai. Bab kira duit dan account memang dia pandai. Dia seorang yang manja dan mudah terasa sebenarnya. Nak tahu sebab apa ? sebab bila aku terlepas panggil aku hang. Dia akan terasa. So aku akan mintak maaf. Hehe. Kalau tak kenal dia, mesti orang akan cakap dia sombong. Jangan nilai orang dari segi luaran. Kenal dulu baru boleh cakap. Dia jugak pendengar dan nasihat yang terbaik. Ayat dia bagi kita kekuatan. Dia sahabat senang dan susah. Dia sahabat yang menghiburkan hari-hari aku. Dia sahabat yang sentiasa ada disamping kawan dia. Dia sahabat yang mesra. Dia sahabat yang baik. Dia NURSAKINAH BINTI HAMALI. :)

Tuesday, 9 June 2015

CINTA PERTAMA

SELASA 9.6.2015

Assalammualaikum

Mungkin sedikit luahan hati yang ingin dikongsikan. Cinta Pertama ? Tapi layakkah dia memiliki cinta ini ? Dengarlah. Semalam adalah kenangan, semalam adalah sejarah. semalam adalah masa silam tapi hari ini adalah realiti. Semalam adalah mimpi indah sehingga aku lupa realiti hari ini. Kadang-kadang aku berfikir mungkin lebih baik banyak pahit dalam kehidupan yang perlu ditempuh daripada manis dalam kehidupan yang membuatkan aku leka, aku hanyut dalam menempuh kehidupan dalam percintaan. Aku rasa buat pertama kali susah untuk aku lepaskan seseorang pergi. Pertama kali aku rasa susah untuk melupakan seseorang yang mungkin sudah lupakan aku. Pertama kali aku rasa susah untuk aku menerima kenyataan. Pertama kali aku meratapi kesedihan yang aku sendiri tidak tahu selama mana ia akan berakhir. Dia seorang insan dahulunya memberi kebahagiaan dalam diri ini. Dia seorang insan yang dahulunya mengisi kekosongan dalam diri ini. Dia seorang insan yang dahulunya memberi semangat dan kekuatan dalam diri ini menempuh dugaan hidup. Dia seorang insan yang dahulunya selalu menemani diri ini dalam kesedihan dan keseorangan. Dia seorang insan yang dahulunya bersabar dengan perangai diri ini yang merupakan seorang wanita. Dia seorang insan yang dahulunya memahami tentang diri ini. Dia insan yang dahulunya tabah dan kuat menerima segala kritikan disebabkan diri ini. Tapi hari ini, insan dahulunya tiada lagi untuk hari ini. Hari ini aku mencari kebahagian sendiri. Hari ini aku sendiri mengisi kekosongan hidup. Hari ini aku berusaha kuat untuk mencari semangat dan kekuatan untuk aku tempuh dugaan hidup. Hari ini aku sendiri merawat kesedihan dan hiburkan hati sendiri. Hari ini tiada lagi insan yang akan memahami diri ini. Hari ini tiada lagi kritikan yang akan didengar. Ada sesuatu yang mengajar aku. Ex akan tetap ex. Tak mungkin akan jadi teman, kawan dan sahabat. Dimanakah janji kamu dahulu yang kita akan tetap menjadi kawan ? aku lupa ianya hanya lah DAHULU bukan hari ini. Dan hari ini aku tau awak akan tetap menganggap diri ini sebagai Ex. Apabila orang laen menyatakan perkataan Ex, aku seperti tiada perasaan tapi bila Dia menyatakan perkataan Ex. Ya Allah luluh hati ini. Aku tak salahkan dia sebab aku tau dia dan aku manusia biasa. Apa yang aku boleh buat bila dia tetap ingin pergi. Lepaskanlah dia kerana aku tidak mahu memaksa. Lepaskanlah dia kerana aku tak nak hidup dengan orang yang tidak mencintai aku. Aku tidak layak untuk dia. Aku tidak sempurna untuk bersama dia. Dia dah ambik segalanya. Insyaallah diri ini akan mampu teruskan hidup. Semoga diri ini berjumpa dengan seorang insan yang betul2 ikhlas mencintai diri ini. Inilah pengakhiran cinta pertamaku :)

Sunday, 24 May 2015

SAHABAT

SUNDAY 24.5.2015

Dia seorang sahabat yang terbaik. Mula rapat rasanya tingkatan tiga. Dia rendah, kurus tapi tetap ada kecomelan dia yang tersendiri. Dia seorang insan yang tahu tentang diri aku, masalah aku, kebahagiaan aku. Semuanya dia tahu kerana aku selesa bercerita tentang segala-galanya dekat dia. Dia seorang pendengar yang baik. Dia juga penasihat yang memberi semangat dan kekuatan untuk bina balik kehidupan yang telah dipenuhi dengan kesedihan, kelukaan dan kekecewaan. Dia sentiasa ada masa untuk aku meluahkan isi hati dan kebosanan yang kadang-kadang hadir. Jangan berfikir dan beranggapan, orang yang kecik sangat mudah untuk dijatuhkan. Dia seorang yang cekal. Bila dia bersuara, jangan menangis pulak. Dah orang sakitkan hati dia, memang dia tak akan duduk diam larh. Ehh tapi bukan orang sakitkan hati dia saja yang dia akan bersuara. Bila orang sakitkan hati sahabat-sahabat dia pown, dia akan bersuara. So please hargai semua orang. Dia seorang yang kecik-kecik cili padi. Takda benda nak nilai dia, sebab bila aku tak kenal seseorang. Aku tak akan pandang sangat. Hahaha. Sorry. Dia seorang yang baik dan tak berkira. Bila aku mintak tolong, dia akan tolong. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri, sebab apa ? Sebab kemanjaan dia. Aku pown ada manja dalam diri, tapi tak best larh kalau dua2 manja. Dan benda yang aku tak akan boleh lupa. Aku dan dia pernah bergaduh. Tapi orang cakap, kawan yang pernah kita gaduh larh yang kekal selamanya. Insyaallah. Gaduh yang tak logik sebenarnya. Itu larh sejarah kitaowg. Yang penting dia adalah
sebahagian dalam keluarga aku. Sahabat yang aku sayang sangat2, sahabat yang susah untuk jumpa didalam dunia sekarang. Dia adalah NURUL ATIQAH BINTI AMRAN. :)

Saturday, 16 May 2015

MEMBERI HARAPAN DAN BERHARAP

16.5.2015 . Sabtu

Assalammualaikum,

Memberi harapan . Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah memberi harapan kepada seseorang . Mungkin sesetengah orang memberi harapan dengan memaksudkannya tapi ada jugak sesetengah yang memberi harapan hanya suka-suka yang dia sendiri tidak pasti yang dia akan tunaikan harapan yang dia beri atau tidak . Seseorang yang memberi harapan boleh memusnahkan diri seseorang yang berharap . Seorang perempuan sangat sensitif terhadap lelaki yang memberi harapan so lelaki harus peka dengan apa yang dia cakapkan. Benda yang perempuan ingin sekali dengar dari seseorang lelaki yang dia cintai adalah mengawininya so please jangan mainkan perasaan seseorang dengan memberi harapan seperti itu. Musnah harapan apabila lelaki yang dulunya memberi harapan dengan mengatakan jangan berharap terhadap dirinya. Tetapi sesetengah perempuan akan memikirkan semula apa yang telah diperkatakan. Untuk tidak terlalu lemah, seseorang perempuan akan beranggapan apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut ada benarnya kerana jodoh pertemuan ditangan Allah S.W.T. Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Itu sebab seorang perempuan tidak boleh berharap terlalu tinggi dengan apa yang telah diberikan harapan agar tidak terlalu kecewa kelak.

Akhir kata aku seorang insan yang lemah. Aku sendiri gagal untuk hadapi segala dugaan dengan tenang dan sabar. Aku belajar dari dugaan yang aku lalui. Untuk teruskan kehidupan yang mendatang, aku berpegang dengan satu iaitu kuat walau besar macam mana sekalipun masalah dan dugaan yang mendatang. Aku percaya akan ada kebahagiaan yang akan datang dalam hidup ini. Insyaallah amin. Doa Saidina Ali di saat jatuh cinta dengan Fatimah. "Ya Allah, kau tahu hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu. Tapi aku takut, cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium JannahMu. Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini, sampai tiba waktunya, andaikan Engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak, Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak. Bukan kerana aku tidak mencintainya, tetapi kerana aku sangat mencintainya".

Assalammualaikum.


Thursday, 14 May 2015

Fizikal Nabi Muhammad S.A.W

14.5.2015, khamis
Assalammualaikum,

Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang lelaki yang sempurna. Tidak ada lelaki yang sesempurna Nabi Muhammad S.A.W . Indah rasanya bila mengetahui diri Nabi Muhammad S.A.W. Fizikalnya cukup sempurna. Antaranya :-

1) Ketinggian - Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Memiliki tubuh yang sederhana.
2) Uban - Tidak banyak uban dirambut kerana bagi baginda seseorang perempuan tidak sukakan  lelaki yang beruban banyak .
3) Rambut - Tidak kerinting dan tidak terlalu lurus.
4) Kulit - Berwarna coklat iaitu tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap.
5) Cara berjalan - Berjalan dengan laju @ cepat (condong ke depan) . Baginda berjalan dengan mengangkat kaki ketika berjalan. Laju tapi tidak gopoh ketika berjalan. Berjalan dengan tenang seperti kita turun daripada bukit. Ia menunjukkan kita supaya sentiasa semangat dan berkeyakinan kerana hidup dan ingin berjaya tidak boleh malas.
6) Tulang sendi yang besar.

Nabi Muhammad S.A.W adalah yang paling handsome dan gah. Sempurna segalanya. Mahkota bagi seorang perempuan adalah rambut manakala mahkota bagi lelaki adalah janggutnya. Tidak boleh membenci dan tidak boleh tidak suka dengan fizikal nabi. Ada benda yang kita boleh ikut seperti nabi contohnya cara baginda berjalan tetapi ketinggian, rambut, kulit kita tidak boleh ubah untuk menjadi seperti nabi kerana itu tidak boleh ubah. Itu telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Belajar untuk berubah. Belajar untuk mengikut cara nabi. Belajar untuk menjadi lebih baik. Sedikit perkongsiaan ilmu yang dapat dikongsikan.

Selamat malam, Assalammualaikum

Wednesday, 18 February 2015

New experience when start practical

Assalammualaikum... 

Aku seorang pelajar dari politeknik. Semua politeknik akan menjalani latihan industri pada semester 4 so sekarang maknanya aku berada di semester 4. Firstly, waktu semester 3 sebenarnya dah tak tenang dah bila pikirkan kita semua ini akan jalani praktikal. Yang mana tak pernah kerja, risau sangat-sangat waktu itu. Sebelum menjalani latihan industri, kitaorang semua akan ada perjumpaan dulu. Perjumpaan itu untuk terangkan apa yang kita perlu buat sebelum jalani praktikal, semasa jalani praktikal dan selepas jalani pratikal. Jangan pernah ambik  mudah dengan semua ini. Start dari situ, aku dah mula berfikir bahawa aku bukan boleh lagi bermain-main. Adakalanya perlu serious dengan sesuatu perkara. Amat mencabar apabila aku sendiri terpaksa cari syarikat audit untuk jalani praktikal sendiri. Pening sebenarnya sebab tak tahu nak buat kat mana dan syarikat mana. Tapi alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat ada family yang tolong aku untuk dapatkan tempat praktikal. Selepas itu semuanya berjalan dengan lancar. 
Hari pertama aku dimaklumkan dari surat politeknik yang aku perlu lapor diri pada pukul 8.00am. Aku pergi larh awal 15 minit sebelum pukul 8.00am. Tungu punya tunggu bukan pukul 8.00am tapi 8.30am baru syarikat too bukak. Bertuah sangat waktu too sebab tunggu punya lama. Tapi waktu too tak pikir rasa marah tapi perasaan takut yang menguasai diri. Masuk jew dalam pejabat, berkenalan dengan semua staf syarikat dekat situ. Dan semuanya muda-muda lagi.Hari pertama aku tak banyak cakap, aku hanya jadi pendengar sebab apa ? sebab dorang semua sembang pasal macam mana nak naik keretapi dari sini ke kl. Aku mana larh tahu semua itu sebab aku tak pernah lalui. So berdiamkan diri lebih baik, buat-buat paham jew waktu too. hehe . Hari demi hari aku mula pandai buat account n aku belajar lebih pasal account. Bila praktikal sama dengan kerja perlu berani, tak boleh takut-takut. Tak tahu tanya jangan pernah buat-buat tahu. Dan kita sebagai manusia tak lari dari masalah, ujian dan dugaan. Tak semua orang sukakan kita. Jadi apa yang kita boleh buat ? kita tak boleh paksa orang suka dengan kita. setiap orang lain jenis dan cara dia. Mungkin cara kita dan jenis kita buat orang itu tak suka dekat kita. Jadi aku biarkan sahaja. Bila besar tak perlukan pergaduhan. Tapi aku tetap berdoa agar suatu hari nanti, kita boleh jadi kawan macam kak n adik. Yang penting kita kena berani, pandai berdikari dan belajar untuk dengar pendapat dan pakai pendapat yang orang laen bagi kerana tak semestinya pendapat kita yang terbaik :)