16.5.2015 . Sabtu
Assalammualaikum,
Memberi harapan . Kadang-kadang kita tak sedar yang kita telah memberi harapan kepada seseorang . Mungkin sesetengah orang memberi harapan dengan memaksudkannya tapi ada jugak sesetengah yang memberi harapan hanya suka-suka yang dia sendiri tidak pasti yang dia akan tunaikan harapan yang dia beri atau tidak . Seseorang yang memberi harapan boleh memusnahkan diri seseorang yang berharap . Seorang perempuan sangat sensitif terhadap lelaki yang memberi harapan so lelaki harus peka dengan apa yang dia cakapkan. Benda yang perempuan ingin sekali dengar dari seseorang lelaki yang dia cintai adalah mengawininya so please jangan mainkan perasaan seseorang dengan memberi harapan seperti itu. Musnah harapan apabila lelaki yang dulunya memberi harapan dengan mengatakan jangan berharap terhadap dirinya. Tetapi sesetengah perempuan akan memikirkan semula apa yang telah diperkatakan. Untuk tidak terlalu lemah, seseorang perempuan akan beranggapan apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut ada benarnya kerana jodoh pertemuan ditangan Allah S.W.T. Kita merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Itu sebab seorang perempuan tidak boleh berharap terlalu tinggi dengan apa yang telah diberikan harapan agar tidak terlalu kecewa kelak.
Akhir kata aku seorang insan yang lemah. Aku sendiri gagal untuk hadapi segala dugaan dengan tenang dan sabar. Aku belajar dari dugaan yang aku lalui. Untuk teruskan kehidupan yang mendatang, aku berpegang dengan satu iaitu kuat walau besar macam mana sekalipun masalah dan dugaan yang mendatang. Aku percaya akan ada kebahagiaan yang akan datang dalam hidup ini. Insyaallah amin. Doa Saidina Ali di saat jatuh cinta dengan Fatimah. "Ya Allah, kau tahu hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu. Tapi aku takut, cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium JannahMu. Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini, sampai tiba waktunya, andaikan Engkau pun mempertemukan aku dengannya kelak, Berikan aku kekuatan melupakannya sejenak. Bukan kerana aku tidak mencintainya, tetapi kerana aku sangat mencintainya".
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment