Tuesday, 9 June 2015

CINTA PERTAMA

SELASA 9.6.2015

Assalammualaikum

Mungkin sedikit luahan hati yang ingin dikongsikan. Cinta Pertama ? Tapi layakkah dia memiliki cinta ini ? Dengarlah. Semalam adalah kenangan, semalam adalah sejarah. semalam adalah masa silam tapi hari ini adalah realiti. Semalam adalah mimpi indah sehingga aku lupa realiti hari ini. Kadang-kadang aku berfikir mungkin lebih baik banyak pahit dalam kehidupan yang perlu ditempuh daripada manis dalam kehidupan yang membuatkan aku leka, aku hanyut dalam menempuh kehidupan dalam percintaan. Aku rasa buat pertama kali susah untuk aku lepaskan seseorang pergi. Pertama kali aku rasa susah untuk melupakan seseorang yang mungkin sudah lupakan aku. Pertama kali aku rasa susah untuk aku menerima kenyataan. Pertama kali aku meratapi kesedihan yang aku sendiri tidak tahu selama mana ia akan berakhir. Dia seorang insan dahulunya memberi kebahagiaan dalam diri ini. Dia seorang insan yang dahulunya mengisi kekosongan dalam diri ini. Dia seorang insan yang dahulunya memberi semangat dan kekuatan dalam diri ini menempuh dugaan hidup. Dia seorang insan yang dahulunya selalu menemani diri ini dalam kesedihan dan keseorangan. Dia seorang insan yang dahulunya bersabar dengan perangai diri ini yang merupakan seorang wanita. Dia seorang insan yang dahulunya memahami tentang diri ini. Dia insan yang dahulunya tabah dan kuat menerima segala kritikan disebabkan diri ini. Tapi hari ini, insan dahulunya tiada lagi untuk hari ini. Hari ini aku mencari kebahagian sendiri. Hari ini aku sendiri mengisi kekosongan hidup. Hari ini aku berusaha kuat untuk mencari semangat dan kekuatan untuk aku tempuh dugaan hidup. Hari ini aku sendiri merawat kesedihan dan hiburkan hati sendiri. Hari ini tiada lagi insan yang akan memahami diri ini. Hari ini tiada lagi kritikan yang akan didengar. Ada sesuatu yang mengajar aku. Ex akan tetap ex. Tak mungkin akan jadi teman, kawan dan sahabat. Dimanakah janji kamu dahulu yang kita akan tetap menjadi kawan ? aku lupa ianya hanya lah DAHULU bukan hari ini. Dan hari ini aku tau awak akan tetap menganggap diri ini sebagai Ex. Apabila orang laen menyatakan perkataan Ex, aku seperti tiada perasaan tapi bila Dia menyatakan perkataan Ex. Ya Allah luluh hati ini. Aku tak salahkan dia sebab aku tau dia dan aku manusia biasa. Apa yang aku boleh buat bila dia tetap ingin pergi. Lepaskanlah dia kerana aku tidak mahu memaksa. Lepaskanlah dia kerana aku tak nak hidup dengan orang yang tidak mencintai aku. Aku tidak layak untuk dia. Aku tidak sempurna untuk bersama dia. Dia dah ambik segalanya. Insyaallah diri ini akan mampu teruskan hidup. Semoga diri ini berjumpa dengan seorang insan yang betul2 ikhlas mencintai diri ini. Inilah pengakhiran cinta pertamaku :)

No comments:

Post a Comment