14.5.2015, khamis
Assalammualaikum,
Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang lelaki yang sempurna. Tidak ada lelaki yang sesempurna Nabi Muhammad S.A.W . Indah rasanya bila mengetahui diri Nabi Muhammad S.A.W. Fizikalnya cukup sempurna. Antaranya :-
1) Ketinggian - Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Memiliki tubuh yang sederhana.
2) Uban - Tidak banyak uban dirambut kerana bagi baginda seseorang perempuan tidak sukakan lelaki yang beruban banyak .
3) Rambut - Tidak kerinting dan tidak terlalu lurus.
4) Kulit - Berwarna coklat iaitu tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap.
5) Cara berjalan - Berjalan dengan laju @ cepat (condong ke depan) . Baginda berjalan dengan mengangkat kaki ketika berjalan. Laju tapi tidak gopoh ketika berjalan. Berjalan dengan tenang seperti kita turun daripada bukit. Ia menunjukkan kita supaya sentiasa semangat dan berkeyakinan kerana hidup dan ingin berjaya tidak boleh malas.
6) Tulang sendi yang besar.
Nabi Muhammad S.A.W adalah yang paling handsome dan gah. Sempurna segalanya. Mahkota bagi seorang perempuan adalah rambut manakala mahkota bagi lelaki adalah janggutnya. Tidak boleh membenci dan tidak boleh tidak suka dengan fizikal nabi. Ada benda yang kita boleh ikut seperti nabi contohnya cara baginda berjalan tetapi ketinggian, rambut, kulit kita tidak boleh ubah untuk menjadi seperti nabi kerana itu tidak boleh ubah. Itu telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Belajar untuk berubah. Belajar untuk mengikut cara nabi. Belajar untuk menjadi lebih baik. Sedikit perkongsiaan ilmu yang dapat dikongsikan.
Selamat malam, Assalammualaikum
No comments:
Post a Comment