SUNDAY 24.5.2015
Dia seorang sahabat yang terbaik. Mula rapat rasanya tingkatan tiga. Dia rendah, kurus tapi tetap ada kecomelan dia yang tersendiri. Dia seorang insan yang tahu tentang diri aku, masalah aku, kebahagiaan aku. Semuanya dia tahu kerana aku selesa bercerita tentang segala-galanya dekat dia. Dia seorang pendengar yang baik. Dia juga penasihat yang memberi semangat dan kekuatan untuk bina balik kehidupan yang telah dipenuhi dengan kesedihan, kelukaan dan kekecewaan. Dia sentiasa ada masa untuk aku meluahkan isi hati dan kebosanan yang kadang-kadang hadir. Jangan berfikir dan beranggapan, orang yang kecik sangat mudah untuk dijatuhkan. Dia seorang yang cekal. Bila dia bersuara, jangan menangis pulak. Dah orang sakitkan hati dia, memang dia tak akan duduk diam larh. Ehh tapi bukan orang sakitkan hati dia saja yang dia akan bersuara. Bila orang sakitkan hati sahabat-sahabat dia pown, dia akan bersuara. So please hargai semua orang. Dia seorang yang kecik-kecik cili padi. Takda benda nak nilai dia, sebab bila aku tak kenal seseorang. Aku tak akan pandang sangat. Hahaha. Sorry. Dia seorang yang baik dan tak berkira. Bila aku mintak tolong, dia akan tolong. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri, sebab apa ? Sebab kemanjaan dia. Aku pown ada manja dalam diri, tapi tak best larh kalau dua2 manja. Dan benda yang aku tak akan boleh lupa. Aku dan dia pernah bergaduh. Tapi orang cakap, kawan yang pernah kita gaduh larh yang kekal selamanya. Insyaallah. Gaduh yang tak logik sebenarnya. Itu larh sejarah kitaowg. Yang penting dia adalah
sebahagian dalam keluarga aku. Sahabat yang aku sayang sangat2, sahabat yang susah untuk jumpa didalam dunia sekarang. Dia adalah NURUL ATIQAH BINTI AMRAN. :)
No comments:
Post a Comment