Assalammualaikum,
Apa yang lelaki paham dengan maksud hormat kepada wanita ? Perlu melindungi dan meletakkan pada darjah yang tertinggi serta memelihara aurat tersebut. Hormat dengan tidak perlu mendesak wanita, tidak boleh berkasar dan cukup sekadar seorang lelaki menasihati wanita yang dia sayanag dengan bahasa yang lembut dan tidak pernah jemu untuk menasihati dia walaupun mengambil masa yang lama. Pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu dijaga. Walaupun seorang lelaki itu menyayangi seorang wanita tetapi tidak bermakna segala benda perlu dikongsi. nak wujud keselesaan bukan dengan berkongsi semua benda tetapi nak wujudkan keselesaan dengan peka kepada sensitiviti wanita tersebut. Jangan apa yang dikongsikan akan merengangkan hubungan sebagai seorang kawan. Jangan rosakkan orang yang kita sayang, jika lelaki itu menyayangi perempuan tersebut bawalah dia ke syurga bukan ke lembah maksiat. Kawal nafsu, jangan disebabkan nafsu merosak segalanya. Hormat wanita tersebut sepertimana kamu hormat kepada ibu kamu sendiri kerana ibu kamu juga seorang wanita.
No comments:
Post a Comment