Thursday, 21 January 2016

HANTU ATAU BUAYA ?

Thursday - 21 January 2016

Assalammualaikum,

Hantu atau Buaya ? Apa yang dimaksudkan dengan hantu dan buaya ? Diri ini memberi definisi jenis lelaki yang seperti hantu atau buaya. Mana yang lebih baik untuk dipilih dalam hidup ? Haha. Semua orang berbeza dan mungkin ada pilihan yang berbeza dan definisi yang tersendiri kenapa memilih salah satunya. Hantu ? Kita sedia maklum hantu wujud sebenarnya dalam kehidupan kita cuma antara nampak dan tak nampak sahaja. Ada sesetengah orang yang dapat melihat hantu dan ada sesetengah yang tidak nampak kewujudan hantu. Hantu seperti kadang-kadang wujud dan kadang-kadang tak wujud. Yang dapat melihat kewujudan hantu juga adakalanya tidak nampak sebab dia menghilangkan diri tanpa pengetahuan kita. Dia tidak akan bercakap kemana dia mahu pergi tapi yang pasti bila dia nak pergi, dia akan pergi dan bila dia nak wujud semula, dia akan datang balik kepada kita tanpa kita duga. Memilih hantu memberi cabaran dalam hidup kita dan kesabaran dalam diri kita. Tidak boleh dinafikan ada kesengsaraan yang perlu ditanggung kerana menunggu kewujudan seseorang itu setelah menghilang tanpa khabar berita. Hanya seseorang yang kuat hatinya, yang cekal pendiriannya sahaja yang mampu untuk bersabar dan menunggu kewujudan seseorang itu dengan menjalani hari-hari kehidupan seperti biasa.

Buaya ? Definisi bagi buaya seperti dia memasang ramai orang dalam satu masa. Bahaya sebenarnya untuk memilih buaya. Tapi ada sesetengah orang yang akan memilih buaya kerana bagi diri seseorang tersebut, ianya memberi cabaran dalam kehidupan mereka. Tidak semua orang yang tidak sukakan cabaran, ada juga yang sukakan cabaran dalam perhubungan. Bagi seseorang dia akan mengubah buaya tersebut tetapi sebelum itu ia akan melihat segala permainan dan perangai buaya ke atas semua wanita yang dia miliki. Kekuatan hati sangat diperlukan kerana bukan kita seorang yang dia akan lafazkan perkataan sayang. Dengan itu, aku lebih memilih kepada hantu daripada buaya. tetapi dalam kehidupan tiada siapa mahukan hantu atau buaya. Kerana kedua-duanya memberi kesengsaraan terlebih dahulu sebelum kebahagiaan. Kita tidak akan lari dari cabaran dalam perhubungan. Untuk mencapai kebahagiaan bukan senang terlalu banyak yang perlu diharungi. Tapi percaya larh kebahagiaan itu akan datang dengan adanya kesabaran, berusaha dan berdoa kepada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment