Thursday - 5 November 2015
Assalammualaikum,
Musuh ? Apa yang dimaksudkan dengan musuh ? Musuh adalah seseorang yang sangat berbahaya bagi kita tapi pada masa yang sama dia merupakan semangat bagi kita. Kenapa ? Bila kita lihat dunia dan persekitaran kita, kita akan tahu sebab dia. Sekarang, kita hidup dengan bermasyarakatan. Jadi pernahkah terfikir akan ada musuh yang akan memerhatikan kita dimanapun kita berada ? Hidup kita bukan hanya kita seorang didunia ini. Jadi jangan pernah terfikir walau baik macam mana pown kita, kita tidak akan ada musuh. Tidak semua orang boleh memahami diri kita, hidup kita dan pendirian kita. Just be yourself. Tidak perlu berusaha untuk puaskan hati semua orang kerana kita hanya manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan so kita takkan mampu untuk puaskan hati semua orang, jaga hati semua orang dan ada untuk semua orang. Lakukan mana yang termampu dengan diri kita. Musuh yang berbahaya bagi kita adalah yang ingin melihat kita musnah 100%. Contoh berniaga. Sekarang ramai yang melakukan perniagaan terutamanya kedai makan. Jika kita perhatikan kebanyakkan melayu kita, mempunyai sifat dengki yang terlalu tinggi.Tak perlulah kita fikir kenapa dengki itu perlu wujud sebab kita sendiri takkan pernah jumpa jawapan kepada soalan tersebut. Mereka sering mengunakan benda yang dilarang oleh Allah untuk puaskan hati merekaa dengan melihat kita musnah dan merana. Sebab itu musuh tersebut sangat berbahaya pada diri kita, perniagaan kita dan keluarga kita. Dan musuh yang berbahaya adalah berkawan rapat dengan kita tapi dalam diam dia mencari kelemahan kita dan dari situ dia menjatuhkan kita. Mungkin sesetengah orang melakukan tersebut sebab pernah sakit hati dengan kita. Tapi tidak perlu sebenarnya membalas dengan cara itu sebab kita kena tahu dunia ini seperti roda. Kita tak perlu membalas sebab dia akan dapat apa yang dia dah lakukan dengan kita sekarang. Tapi bila kita membalas dengan menjatuhkan diri seseorang itu, percaya larh bahawa suatu hari nanti orang akan jatuhkan kita juga. Tidak perlu berlagak hebat sebab kita manusia biasa. Nak tunjuk kepada siapa ? Dengan menjatuhkan orang lain, itu bukan hebat tapi itu menunjukkan betapa lemahnya kau. Dan ada juga musuh yang memberi seseorang itu semangat dan kekuatan dalam hidup dia. Contoh musuh yang nak bersaing dalam pelajaran. Musuh tersebut akan secara tidak langsung menjadi cabaran dalam diri seseorang. Kita tak mampu nak halang untuk orang suka kita dan tidak suka kita. Kita tak boleh nak halang tapi kita masih boleh elak dari semua ini. Just be careful.
Wednesday, 4 November 2015
Tuesday, 3 November 2015
HORMAT WANITA
Tuesday - 3 November 2015
Assalammualaikum,
Apa yang lelaki paham dengan maksud hormat kepada wanita ? Perlu melindungi dan meletakkan pada darjah yang tertinggi serta memelihara aurat tersebut. Hormat dengan tidak perlu mendesak wanita, tidak boleh berkasar dan cukup sekadar seorang lelaki menasihati wanita yang dia sayanag dengan bahasa yang lembut dan tidak pernah jemu untuk menasihati dia walaupun mengambil masa yang lama. Pergaulan antara perempuan dan lelaki perlu dijaga. Walaupun seorang lelaki itu menyayangi seorang wanita tetapi tidak bermakna segala benda perlu dikongsi. nak wujud keselesaan bukan dengan berkongsi semua benda tetapi nak wujudkan keselesaan dengan peka kepada sensitiviti wanita tersebut. Jangan apa yang dikongsikan akan merengangkan hubungan sebagai seorang kawan. Jangan rosakkan orang yang kita sayang, jika lelaki itu menyayangi perempuan tersebut bawalah dia ke syurga bukan ke lembah maksiat. Kawal nafsu, jangan disebabkan nafsu merosak segalanya. Hormat wanita tersebut sepertimana kamu hormat kepada ibu kamu sendiri kerana ibu kamu juga seorang wanita.
Subscribe to:
Posts (Atom)