Wednesday, 18 February 2015

New experience when start practical

Assalammualaikum... 

Aku seorang pelajar dari politeknik. Semua politeknik akan menjalani latihan industri pada semester 4 so sekarang maknanya aku berada di semester 4. Firstly, waktu semester 3 sebenarnya dah tak tenang dah bila pikirkan kita semua ini akan jalani praktikal. Yang mana tak pernah kerja, risau sangat-sangat waktu itu. Sebelum menjalani latihan industri, kitaorang semua akan ada perjumpaan dulu. Perjumpaan itu untuk terangkan apa yang kita perlu buat sebelum jalani praktikal, semasa jalani praktikal dan selepas jalani pratikal. Jangan pernah ambik  mudah dengan semua ini. Start dari situ, aku dah mula berfikir bahawa aku bukan boleh lagi bermain-main. Adakalanya perlu serious dengan sesuatu perkara. Amat mencabar apabila aku sendiri terpaksa cari syarikat audit untuk jalani praktikal sendiri. Pening sebenarnya sebab tak tahu nak buat kat mana dan syarikat mana. Tapi alhamdulillah dan bersyukur sangat-sangat ada family yang tolong aku untuk dapatkan tempat praktikal. Selepas itu semuanya berjalan dengan lancar. 
Hari pertama aku dimaklumkan dari surat politeknik yang aku perlu lapor diri pada pukul 8.00am. Aku pergi larh awal 15 minit sebelum pukul 8.00am. Tungu punya tunggu bukan pukul 8.00am tapi 8.30am baru syarikat too bukak. Bertuah sangat waktu too sebab tunggu punya lama. Tapi waktu too tak pikir rasa marah tapi perasaan takut yang menguasai diri. Masuk jew dalam pejabat, berkenalan dengan semua staf syarikat dekat situ. Dan semuanya muda-muda lagi.Hari pertama aku tak banyak cakap, aku hanya jadi pendengar sebab apa ? sebab dorang semua sembang pasal macam mana nak naik keretapi dari sini ke kl. Aku mana larh tahu semua itu sebab aku tak pernah lalui. So berdiamkan diri lebih baik, buat-buat paham jew waktu too. hehe . Hari demi hari aku mula pandai buat account n aku belajar lebih pasal account. Bila praktikal sama dengan kerja perlu berani, tak boleh takut-takut. Tak tahu tanya jangan pernah buat-buat tahu. Dan kita sebagai manusia tak lari dari masalah, ujian dan dugaan. Tak semua orang sukakan kita. Jadi apa yang kita boleh buat ? kita tak boleh paksa orang suka dengan kita. setiap orang lain jenis dan cara dia. Mungkin cara kita dan jenis kita buat orang itu tak suka dekat kita. Jadi aku biarkan sahaja. Bila besar tak perlukan pergaduhan. Tapi aku tetap berdoa agar suatu hari nanti, kita boleh jadi kawan macam kak n adik. Yang penting kita kena berani, pandai berdikari dan belajar untuk dengar pendapat dan pakai pendapat yang orang laen bagi kerana tak semestinya pendapat kita yang terbaik :)